MUHARRAM SATU PENGHIJRAHAN UMAT ISLAM

Oleh:Mutmaein

Darul Furqaan 1 Muharram – Semua pelajar-pelajar Ma’had Tahfiz Darul Furqan telah berkumpul bersama-sama bagi menyambut kedatangan tahun baru hijrah 1431. Program ini berlangsung selesai solat maghrib, disusuli dengan bacaan yasin secara berjemaah dan seterusnya bacaan doa awal tahun.Turut diselitkan di dalam majlis itu slot ``Tangisan keinsafan” dan ``Pelukan ukhwah” oleh ust.firdaus di mana kesemua 40 orang pelajar di sini bercucuran air mata mereka.

Selepas solat isyak berjemaah, suasana di meriahkan lagi dengan berlansungnya majlis sambutan ma’al-hijrah yang di anjurkan oleh majlis perwakilan pelajar..

Majlis yang di pengerusikan oleh arham dan akmal ini bermula dengan alunan merdu bacaan kitab suci Al-Quran oleh saudara bazli,seterusnya ucapan alu-aluan dari ketua MPP dan ucapan perasmian dari ust.firdaus selaku warden al-furqaan. Majlis sambutan ma’al-hijrah ini berlanjutan sehingga keesokan hari dengan beberapa acara yang dipertandingkan iaitu pertandingan tilawah, tazkirah, pentomen dan nasyid.Walau bagaimana pun pertandingan pentomen terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

GADIS BELASAN TAHUN MELAKUKAN PERBUATAN SUMBANG

Oleh: Fahmie

KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan lima lelaki serentak.

Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua terbabit.

Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.

Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata terkejut melihat rakaman itu, ahli keluarga terbabit segera memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.

Menurutnya, bapa mangsa yang tergamam dengan tindakan anak gadisnya selepas menonton rakaman berkenaan segera menyoal anak gadisnya.

Katanya, selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh, dekat sini, kelmarin.

Abdul Razak bagaimanapun berkata, polis masih belum memeriksa rakaman berkenaan bagi mengesahkan kesahihan kejadian terbabit, namun siasatan masih diteruskan.

“Polis sudah menubuhkan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memburu lima suspek terbabit dan pada masa sama masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

About this blog

PENAUNG
Darul Furqaan Kaherah Mesir

PENASIHAT
Ust. Abulhusna Ad-Dirani

PENGARAH
Al-Banjari

KETUA EDITOR
Ibnu Idris

WARTAWAN
Next Khalifa
Abul Fam
Abu Kirsyah

TYPESETTING
Ibnu Halili

LAYOUT
Abul Syam

PENGUMPUL MAKLUMAT
Nuruddin

JURUGAMBAR
Ibnu Idris

KARTUNIS
Ibnu Shafie

PERCETAKAN & PEMASARAN
Ibnul Burham

BLOGGER
Ibnul Munzir

WEBSITE
www.iltizam-alfurqaan.blogspot.com
www.darul-furqaan.blogspot.com

Sembang-sembang Pengunjung